Khamis, 22 April 2010

SURAH AL-MULK AYAT 3-4

3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah ( jika engkau ragu-ragu ) maka ulangilah pandanganmu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 4. Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa ( daripada melihat sebarang kecacatan ), sedang kamu pula berkeadaan lemah lesu ( kerana habis tenaga dengan sia-sia ).

1 ulasan: