Sabtu, 24 April 2010

SURAH AL-MULK AYAT 5-6

5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat ( pada penglihatan penduduk bumi ) dengan bintang-bintang, dan kami jadikan, bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan, dan kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. 6. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap tuhan mereka, di sediakan azab neraka jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Khamis, 22 April 2010

SURAH AL-MULK AYAT 3-4

3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah ( jika engkau ragu-ragu ) maka ulangilah pandanganmu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 4. Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa ( daripada melihat sebarang kecacatan ), sedang kamu pula berkeadaan lemah lesu ( kerana habis tenaga dengan sia-sia ).

Rabu, 21 April 2010

SURAH AL-MULK ( 1-2 )

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Maha berkat ( serta maha tinggilah kelebihan ) tuhan yang menguasai pemerintahan ( dunia dan akhirat ) dan memanglah ia maha kuasa atas tiap2 sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan ia maha kuasa ( membalas amal kamu ) lagi maha pengampun, ( bagi orang-orang ) yang bertaubat.